Monday, May 30, 2011

May Polka Dots

Alhamdulillah sepanjang bulan Mei ni banyak order APAM POLKA DOTS... nama APAM memang tak glamour tapi the colourful dots menambah keceriaan pada APAM POLKA DOTS.
150 POLKA DOTS ordered by Puan Amaliah of Menara TA One... untuk makan2 pada Ceramah Agama anjuran TA Securities pada 25 May 2011...agak ralat tidak dapat menghadiri ceramah agama tersebut kerana terpaksa bercuti pada hari tersebut..
250 POLKA DOTS ordered by Puan Ibtisam Abdullah (Sg. Merab) untuk kenduri Tahlil di Kedah yang diadakan sehari sebelum majlis pernikahan adik Kak Ibtisam... jauh perjalanan apam ni. Kak Ibtisam was my senior at Maahad Hamidiah and a close family friend.....Tq Kak Ib for ordering... next time boleh order lagi ya...

Tuesday, May 17, 2011

Oreo Chocolates untuk Hari Guru

Anak-anak minta ibunya buatkan OREO CHOCOLATE katanya untuk dihadiahkan pada guru2 sempena HARI GURU.... fikir2 elok juga... dari beli hadiah kat kedai RM2 ... baik bagi OREO CHOCOLATE ... sambil2 promo... baguih idea anak2
Kepada semua guru2...SELAMAT HARI GURU diucapkan...semoga ALLAH merahmati jasa kalian mendidik anak2 bangsa mu.

Monday, May 9, 2011

Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake order dari cikgu Rosnani, cikgu Bahasa Malaysia of Sek Men Jln 3 BBB ... untuk jamuan meraikan anak2 muridnya... Tq cikgu rosnani for ordering...

Chocolate Moist Cake for birthday Aina yang ke-9 on 7 May 2011.

Saturday, April 23, 2011

APAM POLKA DOT a.k.a APAM BOLA

Terhangat di pasaran... APAM POLKA DOT a.k.a APAM BOLA....bersesuaian dengan sizenya yang comel ... juga pelbagai warna yang menarik... setiap mata yang memandang pasti terpesona...... boleh dijadikan hidangan untuk apa jua majlis... harijadi... hi-tea..akikah & cukur jambul... atau juga sebagai buah tangan

Tunggu apa lagi...untuk tempahan, hubungi segera CremierChocs..

NYONYA KETUPAT

NYONYA KETUPAT ni sama macam TALAM SERI MUKA... cuma ada satu extra 'kick'... apa dia?? kena la rasa dulu.


Hubungi CremierChocs untuk keterangan lanjut....

Friday, April 8, 2011

LAPIS KENTANG BERINTI


KEMBOJA KACANG HIJAU

Selalunya kueh kemboja bentuknya biku bunga... kali ni KEMBOJA KACANG HIJAU bersegi empat... guarantee sedap...resepi pun diturunkan oleh pakar kueh talam. Inginkan kueh talam nyonya untuk majlis anda.... hubungi cremierchocs.