TAPIOCA CAKE (versi Nyonya)...special request from my office mate, Khaidir...katanya dia suka kueh nyonya ni...kat food court Suria KLCC ada..tapi mahal.
Juga TALAM BERLAUK...katanya nak bawak dua kueh ni untuk majlis IFTAR kat rumah kawannya...
Repeat order dari Faezah Kassim (Subang Jaya) untuk Bufday husband tercinta...tak sempat nak snap gambar lepas dah letak plag happy birthday...Fae merupakan regular 'customer' yang selalu order my TIRAMISU...thanx Fae... TALAM TOKYO ni disedekahkan untuk Fae berbuka puasa bersama family di Jeram, K Selangor. Noor Hayana ...1st time nak rasa Red Velvet Cake katanya...16pcs RV cupcake...buah tangan untuk berbuka puasa buat keluarga mentuanya.
Talam Ubi Kayu kesukaan Puan Rozaini dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ...baru berkenalan..rupanya telo cakap kami sama...orang Kedah...begitu bermurah hati sedekah Talam ini kepada beberapa individu termasuk rumah anak2 yatim Darul Izzah, Bangi. Terima kasih Kak Rozaini...maaf jika ada sebarang kekurangan... maklum nak menyiapkan 10 Talam Ubi dalam masa 2 hari....ini merupakan order yang paling banyak saya pernah terima setakat ini.